IPOH: Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 53 tahun di Kampung Kuchai, di sini pada 18 September lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan hari ini di penginapan mereka di Ipoh. Katanya, ketiga-tiga ... Read more
The post Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh appeared first on Utusan Malaysia.
IPOH: Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 53 tahun di Kampung Kuchai, di sini pada 18 September lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan hari ini di penginapan mereka di Ipoh.
Katanya, ketiga-tiga suspek merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.
“Polis menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan Kampung Kuchai pada 18 September lalu.
“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa menerima rawatan di hospital selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 6.42 petang semalam.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala.
“Susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan tiga individu warga asing yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya.
Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan hubungan mangsa dengan kesemua suspek.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Bapa, anak direman bantu siasatan kematian wanita OKU | 0 | 25.13 | 24-09-2026 |
| 2 | Bawa tiga pisau kombat setiap hari | 0 | 18.51 | 24-09-2026 |
| 3 | Perselisihan faham dipercayai punca wanita OKU dibunuh | 0 | 18.7 | 23-09-2026 |
| 4 | Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita | 0 | 23.58 | 22-09-2026 |
| 5 | Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan | 0 | 22.79 | 23-09-2026 |
| 6 | Sudut pandang CCTV cetus spekulasi polis ‘escort’ pencuri kabel | 0 | 24.62 | 23-09-2026 |
| 7 | Lagi cubaan seludup bunga ganja RM33.4 juta di KLIA tumpas | 0 | 25.02 | 23-09-2026 |
| 8 | 437 polis terima ganjaran kerana lapor rasuah | 0 | 29.34 | 23-09-2026 |
| 9 | Drie jongeren verdacht van voorbereiden aanslag, werden eerder deze week opgepakt | 0 | 9.8 | 31-07-2026 |
| 10 | Kegiatan seludup rokok, arak tidak berkastam bernilai lebih RM25.7 juta tumpas | 0 | 24.78 | 23-09-2026 |