Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA

Дата публикации: 17-07-2026 04:20:19


KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) perlu menghentikan pertelagahan sesama ‘rakan komponen’ dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.  Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam perjuangan politik.  “Kalau tak mampu menjadi garam, jangan pula menjadi ... Read more
The post Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) perlu menghentikan pertelagahan sesama ‘rakan komponen’ dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam perjuangan politik. 

“Kalau tak mampu menjadi garam, jangan pula menjadi langau.

“Kalau tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya titipkanlah doa buat rakan-rakan yang sedang berjuang.

“Di medan perjuangan, tiada ruang untuk kita saling bercakaran kerana musuh sedang menanti di hadapan. 

“Yang paling penting, jangan sesekali terperangkap dengan permainan dan perangkap lawan,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam tadi. 

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengenepikan segala perselisihan demi matlamat yang lebih besar.

Katanya, semua jentera perlu terus menyebarkan mesej positif serta memberi tumpuan kepada PRN Negeri Sembilan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.

“Ketika ini apa yang lebih diperlukan ialah semangat, sokongan serta doa agar segala usaha yang dilakukan dipermudahkan, bukannya celaan atau sindiran yang hanya akan melemahkan perjuangan.

“Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang membawa manfaat, bukan mudarat.

“Walaupun jasad tidak dapat bersama, namun hati, semangat dan doa saya akan sentiasa mengiringi setiap langkah rakan-rakan seperjuangan,” katanya.- UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
2Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
3PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
4Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
5Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
6Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
7UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
8Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026
9464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
10Партия "Слуга народа" готова сотрудничать с политсилами со схожим видением курса Украины0022-07-2019

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 3. Источник: www.utusan.com.my.