Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual

Дата публикации: 17-07-2026 02:34:57


SEREMBAN: Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah terjual menjelang hari penamaan calon esok. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 9 malam semalam, seramai 70 calon daripada 464 bakal calon yang membeli borang pencalonan telah membuat bayaran deposit. “Bagaimanapun, semua calon digalak menjelaskan bayaran ... Read more
The post 464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SEREMBAN: Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah terjual menjelang hari penamaan calon esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 9 malam semalam, seramai 70 calon daripada 464 bakal calon yang membeli borang pencalonan telah membuat bayaran deposit.

“Bagaimanapun, semua calon digalak menjelaskan bayaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada pagi esok.

“Semua calon masih boleh membuat bayaran sehingga pukul 10 pagi esok, namun mereka digalakkan berbuat demikian lebih awal bagi melancarkan urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Height di sini, hari ini.

Menurut Ramlan, segala persiapan bagi proses penamaan calon melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar dengan seramai 761 petugas SPR akan mengendalikan urusan di semua pusat penamaan calon.

“Proses penamaan calon akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi esok, manakala calon masih boleh membuat bayaran deposit sehingga tempoh itu berakhir,” katanya.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
2Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
3Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
4Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
5Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
6PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
7UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
8Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
9Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026
10В ФРГ открылись избирательные участки для голосования на выборах в Бундестаг0023-02-2025

Классификация: Информация. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.