Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin

Дата публикации: 17-07-2026 01:43:18


PETALING JAYA: Hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai anggota dan parti pengasas Perikatan Nasional (PN) telah dinafikan khususnya membabitkan perbincangan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan kerusi pilihan raya dengan Bersatu tidak diteruskan, malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah. “Bersatu juga tidak ... Read more
The post Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai anggota dan parti pengasas Perikatan Nasional (PN) telah dinafikan khususnya membabitkan perbincangan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan kerusi pilihan raya dengan Bersatu tidak diteruskan, malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah.

“Bersatu juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang memuktamadkan pembahagian kerusi parti-parti anggota PN.

“Jadi, mengapa Bersatu dituduh bertindak mendahului keputusan mesyuarat jika mesyuarat pun tidak dijemput?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa terhadap Bersatu yang didakwa mufarakah (berpisah) secara sukarela daripada PN.

Muhyiddin berkata, beliau kesal dengan tohmahan itu dan menegaskan Bersatu tidak pernah mufarakah dengan Bersatu.

Mengenai rundingan dengan BN, Muhyiddin berkata, Pengerusi PN sendiri mengakui beliau memberi kebenaran rundingan dijalankan.

Namun Muhyiddin berkata, beliau tidak mempersoalkan rundingan sebaliknya ia sepatutnya dibawa ke Majlis Tertinggi PN terlebih dahulu jika membabitkan soal dasar.

“Sebaliknya, rundingan dibuat tanpa melibatkan semua parti anggota dan tanpa mandat Majlis Tertinggi. Setelah keputusan mengenai kerjasama dibuat barulah dibawa ke Majlis Tertinggi. Ini cara yang songsang.

“Sepanjang saya memimpin PN selama lima tahun saya tidak pernah mengenepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan Perikatan Nasional, termasuk hal-hal dasar parti dan pembahagian kerusi pilihan raya. Mesyuarat dan rundingan melibatkan semua parti dan setiap keputusan dibuat secara teratur. Hari ini, segalanya telah berkecamuk,” katanya.

Muhyiddin berkata, tuduhan Annuar kononnya Bersatu menghalang penyatuan Melayu adalah amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau menubuhkan Bersatu sebagai sebuah parti pribumi Melayu dan perjuangannya untuk penyatuan Melayu tidak pernah padam.

“Malah, pada peringkat awal penubuhan Perikatan Nasional, saya menggagaskan PN sebagai parti induk yang menggabungkan parti-parti Melayu termasuk UMNO serta parti-parti pelbagai kaum yang lain.

“Namun, UMNO menolak untuk menyertai PN. Malah UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Hanya ahli-ahli Parlimen UMNO sahaja yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional

“Ahli-Ahli Parlimen UMNO kemudiannya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional, iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan parti Melayu. Hari ini mereka sedang melakukan perkara yang sama kepada Kerajaan Perpaduan yang mereka sendiri tubuhkan bersama-sama Pakatan Harapan,” katanya.

Katanya, PN yang dipimpin oleh Pas  kini mahu mewujudkan gabungan dengan UMNO, yang masih mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan termasuk DAP.

“Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu dan parti Melayu yang saya pimpin ini diketepikan oleh Perikatan Nasional.

“Ini bukanlah penyatuan Melayu yang sebenar. Ini hanyalah penjajaran semula kuasa politik. Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional,” katanya.

Muhyiddin berkata, Bersatu tidak menoleh ke belakang dan terus berdiri dan mara ke hadapan menjulang panji-panji perjuangannya demi Malaysia dan seluruh rakyatnya.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
2Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
3Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
4PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
5Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
6UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
7Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
8464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
9Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026
10Крупнейшая политическая партия Малайзии поддержала действующий кабмин0027-10-2020

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.